Hanya Orang Tertentu Diburu Dalam Trailer Terbaru The Hunt

207
views

Universal Pictures dan Blumhouse Production telah melancarkan trailer rasmi filem The Hunt, yang memaparkan sekumpulan manusia elit melakukan aktiviti memburu manusia. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Dua belas individu telah terjaga dari tidur dan mereka tidak mengentahui dimana serta bagaimana mereka berada ditempat yang begitu terpencil. Mereka sebenarnya tidak mengentahui bahawa mereka telah dipilih dan dibawa disebuah tempat bernama Manor House untuk satu tujuan spesifik, iaitu diburu oleh golongan-golongan elit.

Crystal (Betty Gilpin) salah seorang individu yang diburu telah menukar rentak permainan apabila dia mula membunuh seorang demi seorang pemburu dan kemudiannya mencari seorang wanita misteri (Hilary Swank) yang menjadi dalam dalam permainan ‘The Hunters’ itu.

Turut menyertai Betty Gilpin dan Hilary Swank dalam filem ini adalah Ike Barinholtz dan Emma Roberts. The Hunt diarahkan oleh Craig Zobel manakala skrip dan cerita asal ditulis oleh Damon Lindelof dan Nick Cuse.

Filem The Hunt akan mula memburu penonton pada 27 September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here