Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Hanya Lee Si Young & Park Gyu Kembali Dalam Musim 2 “Sweet Home” … Setakat Ini

Siri Netflix Sweet Home mungkin kembali untuk musim kedua dengan Lee Si Young dan Park Gyu Young akan mengulangi peranan mereka dari musim pertama.

Menurut laporan JTBC News pada 6 Okobter, beberapa wakil industri drama menyatakan pasukan produksi Sweet Home merancang untuk membuat penggambaran musim kedua pasa musim sejak yang akan datang. Laporan media juga menyatakan bahawa hanya Lee Si Young dan Park Gyu Young akan kembali pada musim kedua.


Siri ini juga akan mencari pelakon lain untuk melengkapkan barisan pelakon, dengan beberapa pelakon sudah mengesahkan penglibatan mereka dalam rancangan itu.

Sementara itu, Netflix tampil memberi penjelasan mengenai laporan media. “Belum ada yang diputuskan,” ujar sumber perkhidmatan streaming itu kepada TopStarNews. 

Berdasarkan dari siri webtoon popular dengan nama yang sama, Sweet Home mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk terus bertahan hidup. 

Musim pertama dibintangi Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Park Gyu Young dan ramai lagi.

Sumber: Soompi

Strim Sweet Home (2020)

Related posts

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Lebih Banyak K-drama & K-filem Terhangat Di Astro Pada Mei Ini

Zulaikha

Leave a Comment