Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Hantu Wangan: Tambah Bilangan Panggung, Ahmad Idham Rasakan Dirinya Seperti Pengemis

Pengarah filem Hantu Wangan, Ahmad Idham melahirkan rasa kecewanya terhadap Skim Wajib Tayang (SWT) yang hanya memberikan 29 jumlah panggung untuk tayangan filem terbarunya itu.

Walaupun berjaya menambah jumlah bilangan panggung wayang selepas melakukan rayuan, pengarah berkenaan nyata tidak senang tindakan yang dilakukan oleh badan tersebut.


Berkata dengan Harian Metro selepas sesi tayangan perdana Hantu Wangan, Ahmad Idham merasakan dirinya seperti pengemis untuk merayu kepada SWT agar jumlah panggung wayang dapat ditambah dari 29 ke 43 buah panggung.

“Saya sudah jadi seperti pengemis untuk dapatkan jumlah panggung bagi tayangan filem sendiri walhal perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kali pertama diluluskan hanya 29 sahaja, kemudian saya kemukakan rayuan kepada Skim Wajib Tayang (SWT) dan dapat 39 tetapi jumlah itu masih sedikit,”

Ahmad Idham mengakui terpaksa meminta bantuan daripada pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sebelum ditambah empat lagi panggung.

Pengarah itu juga terpaksa menyuarakan isu ini kerana ramai penerbit kecil tidak berani menyuarakan situasi dilalui mereka, sebelum ini.

Tidak berpuas hati dengan tindakan SWT, pengarah tersebut dikatakan sedang mengumpul bukti berkaitan seandainya wujud sebarang penyelewengan di dalam SWT untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Filem terbaru, Hantu Wangan akan menemui penonton pada 22 Mac 2018

Sumber: Harian Metro

Related posts

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

KERJASAMA EKSKLUSIF ANTARA SUKE TV DAN iQIYI SAJIKAN RANCANGAN TEMPATAN BUAT PENONTON ANTARABANGSA

Kakimuvee

Leave a Comment