Hantu Kak Limah mencipta rekod yang sukar yang untuk dipecahkan filem-filem tempatan dalam tempoh masa yang cukup panjang. Kini kutipan filem seram komedi itu telah mencecah RM 27.5 juta, menjadikan filem tempatan paling laris setakat ini.
Kutipan ini telah memecahkan rekod kutipan filem Munafik yang berjaya meraih RM 19 juta pada 2016 dan Abang Long Fadil yang meraih RM18.15 juta pada tahun lepas. Hantu Kak Limah kini menjadi filem paling berjaya Mamat Khalid selepas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mengutip RM 7.90 juta pada 2010.
Sebelum ini, Hantu Kak Limah telah mencipta rekod berganda apabila menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan pada tayangan sneak preview dengan kutipan sebanyak RM 650 ribu dan juga tayangan pembukaan dimana ia telah berjaya mengutip RM 1.8 juta pada hari pertama.
Dibintangi oleh Awie, Uqasha Senrose, Rab Khalid, Zul Ariffin, Hantu Kak Limah mengisahkan tentang penduduk Kampung Pisang yang kembali diganggu Hantu Kak Limah selepas kematian misteri Kak Limah.