Filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah kini menduduki tangga teratas senarai jualan tiket filem tempatan 2018 apabila berjaya meraih sebanyak RM 13.6 juta sejak ia ditayangkan minggu lalu. Filem seram komedi itu berjaya menyingkirkan KL Special Force yang meraih RM12.2 juta. Dibintangi oleh Awie, Uqasha Senrose, Rab Khalid, Zul Ariffin, Hantu Kak Limah sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.
Sementara itu, filem arahan Khabir Bhatia yang berjudul Pulang setakat ini mengumpul kutipan sebanyak RM1.6 juta. Walaubagaimanapun, kutipan tersebut tidak begitu memberangsangkan kerana kos penggambaran filem ini mencecah RM6 juta.
Filem tamil Vedigundu Pasangge menjadi filem tamil tempatan yang melepasi angka satu juga. Filem arahan Dr. Vimala Perumal itu kini sudah berjaya meraih RM1.41 juta sejak ditayangkan 26 Julai yang lalu.
Berikut adalah senarai jualan tiket filem-filem tempatan 2018.
Hantu Kak Limah – RM 13.6 juta
KL Special Force – RM 12.2 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.7 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Pulang – RM 1.6 juta
Vedigundu Pasangge – RM 1.41 juta
Blok 404 – RM 220,275
Villavan – RM 194,484
Million Loves in Me – RM 183,337
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 127,940
Best Story – RM 123,077
Atcham Thavir – RM 120,396
Buyer Beware – RM 107,299
Badang – RM 93,496
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Shun Pong O – RM 73,266
Busker – RM 68,739
Ghora – RM 50,414
Surf This Love – RM 47,724
This Is Pilah – RM 45,843
Sughamaai – RM 44,409
Blue Tears – RM 20,128
33KM From KL – 18,779
Qhaliq – RM 14,196
Impermanence – RM 9,313
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536
Sumber: Finas