Slot Tempatan

Hantu Bonceng 2.0 Akan Menemui Penonton 2021

Views

Setelah 9 tahun ditayangkan, akhirnya sekuel Hantu Bonceng akan menemui penonton tidak lama lagi. Filem berjudul Hantu Bonceng 2.0 kini sedang dihasilkan oleh produksi Excellent Pictures.

Sekuel yang diarahkan Yusri Abdul Halim ini menyaksikan Zizan Razak, kembali membawa watak utama sebagai Amran, sementara Taiyuddin Bakar kembali sebagai Kunyit.

Menerusi perkongsian laman Instagram rasmi Excellent Pictures, sesi penggambaran Hantu Bonceng 2.0 telahpun selesai dijalankan dibeberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Bukit Fraser, Pahang.  

"Selesai sudah penggambaran "Hantu Bonceng 2". Terima kasih kepada semua pelakon dan kru. Ia adalah satu pengalaman yang seronok dan saya senang hati dapat bekerja dengan kamu semua," tulis Yusry di laman Instagram miliknya.

Turut menyertai barisan pelakon Hantu Bonceng 2.0 adalah Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Acong SweetChild, Chew Kin Wah, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Filem pertama yang ditulis dan diarahkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri boleh dikatakan sukses dari segi komersial apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.53 juta selepas ditayangkan di pawagam tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng 2.0 dijangka tayang pada 2021, namun buat masa ini pihak penerbit masih belum mendedahkan tarikh sebenar mahupun medium yang akan digunakan buat tayangan filem tersebut.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks