Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Hantu Bonceng 2.0 Akan Ditayangkan Pada 11 Februari Ini Di Astro First


Astro Shaw telah mendedahkan tarikh tayangan filem sekuel Hantu Bonceng 2.0 iaitu pada 11 Februari ini, eksklusif di Astro First.

Hantu Bonceng 2.0 merupakan sekuel kepada filem seram komedi hit Hantu Bonceng yang diterbitkan pada 2011. Pelakon Zizan Razak kembali meneruskan peranan utama sebagai Amran, semntara Taiyuddin Bakar kembali sebagai Kunyit.

Filem kali ini diterbitkan Yusri Abdul Halim dan turut dibarisi pelakon seperti Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Acong SweetChild, Chew Kin Wah, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Filem pertama yang ditulis dan diarahkan Ahmad Idham Ahmad Nadzri boleh dikatakan sukses dari segi komersial apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.53 juta selepas ditayangkan di pawagam tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng 2.0 diterbitkan syarikat produksi Excellent Pictures. Anda boleh tonton trailer dibawah



Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee