
Hanya sehari selepas mencecah angka 1 juta, Hansan: Rising Dragon telah menggandakan jumlah tiket yang dijual pada hari seterusnya.
Pada 1 Ogos, Majlis Filem Korea mengumumkan bahawa Hansan: Rising Dragon secara rasminya telah melepasi 2 juta penonton wayang pada hari sebelumnya. Filem baharu itu berjaya menarik 655,701 penonton ke pawagam pada 31 Julai sahaja, menjadikan jumlah penonton wayangnya seramai 2,270,207 orang.
Hansan: Rising Dragon bukan sahaja mencapai kejayaan dalam tempoh masa lima hari sahaja, ia juga mencecah angka 2 juta jauh lebih cepat dari filem blockbuster legenda seperti Ode to My Father, Mirachle in Cell No. 7 dan Masquerade.
Filem kedua dalam trilogi The Admiral: Roaring Currents ini menampilkan barisan pelakon bintang yang terdiri daripada Park Hae II, ali 2PM Taecyeon, Byun Yo Han dan ramai lagi, dan diarahkan oleh Kim Han Min. Filem aksi sejarah ini mengisahkan tentang pertempuran laut yang diketuai oleh legenda jenaral Yi Sun-sin.