
Hans Zimmer, komposer yang bertanggungjawab mengarang soundtrack filem Man of Steel dan Dark Knight Trilogy dikatakan masih enggan mengarang muzik latar untuk filem-filem Superhero akan datang. Beliau pernah terlibat dalam menghasilkan muzik latar untuk filem Batman V Superman sebelum meninggalkan projek tersebut dan disambung oleh komposer JunkieXL
Melalui temubualnya bersama media The West Australian, Hans Zimmer mendedahkan dia mahu bersara dari menghasilkan muzik latar untuk filem-filem bergenre superhero; malah dia turut mengingatkan producer agar tidak mencarinya untuk hasilkan muzik latar filem bergenre berkenaan.
“It’s true… until somebody comes along with a great idea.”
“I needed a break from it. And I needed to categorically say ‘I need a break’.”

Kenyataan beliau menunjukan, filem superhero akan datang, TheBatman arahan Ben Affleck juga tidak akan mendapat sentuhannya walaupun ramai peminat berharap, Hans akan menghasilkan muzik latar untuk filem berkenaan.
Hans Zimmer dikatakan seorang komposer legenda di Hollywood dan seringkali mendapat perhatian penerbit filem untuk menggunakan khidmatnya dalam menghasilkan muzik-muzik latar filem mereka.
Sejumlah 137 buah filem telah menggunakan khidmat sebagai komposer dan antara filem-filem besar yang menggunakan khidmatnya seperti filem Rock, Gladiator, Man of Steel, Trilogi Dark Knight & Pirate of Caribbean, dan Mission Impossible.