Berita

Hans Zimmer Akan Hasil Skor Untuk Filem James Bond 'No Time To Die'

Views

Pemenang anugerah Grammy dan Oscar, Hans Zimmer dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama Universal Pictures untuk hasilkan skor filem terbaru James Bond, No Time to Die. Komposer berkenaan menggantikan tempat Dan Romer yang disingkirkan EON Production disebabkan "perbezaan kreatif".

Ini merupakan projek terbaru Zimmer untuk tahun ini, dimana dia juga turut terlibat dalam beberapa filem besar seperti Wonder Woman 1984, Top Gun: Maverick dan Dune.

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini serta Christopher Waltz yang kembali memainkan peranan sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. No Time to Die akan menemui penonton pada 9 April 2020

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks