Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Hans Isaac Kekal Dengan Pendirian Enggan Lepas Jawatan Pengerusi FINAS

Kredit Foto: The Star Online

Meskipun didesak enam persatuan artis untuk melepaskan jawatannya, Datuk Hans Isaac tetap dengan pendiriannya terus mengalas jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau sebelum telah didesak oleh persatuan terbabit susulan kontroversi tempoh perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham dipendekkan.

Memetik kenyataannya kepada Harian Metro baru-baru ini, Hans Isaac menyatakan dia dilantik oleh menteri dan sentiasa mengikut peraturan, arahan dari ahli lembaga pengarah dan Akta 244 dalam kementerian.

“Terpulang kepada mereka untuk menuduh dan kami tidak boleh menghentikan tuduhan itu. Saya bersama ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan akan melaksanakan semua amanah yang diberi,” 

Terdahulu, FINAS telah mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan ahli lembaga FINAS telah meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO FINAS atas sebab-sebab peribadi.

Ahmad Idham bagaimanapun kemudian telah tampil mendedahkan yang dia terpaksa berbuat demikian selepas mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

Dalam pada itu, Hans juga menyangkal dakwaan kononnya dia memberi tekanan kepada Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO, sebaliknya ia adalah kemahuan CEO itu sendiri. Malah dia juga mengakui sentiasa berkomunikasi dengan Ahmad Idham bagi menentukan hala tuju FINAS sehingga kini.

Sementara itu, Hans berkata dia berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap enam persatuan yang terlibat kerana melemparkan pelbagai finah sehingga menjejaskan nama baiknya, bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai tindakan apa yang akan diambilnya.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment