Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Hannah Delisha Berharap Penonton Menerima Filem Pertama Lakonannya

Sumber gambar: www.malaysiaviralstory.my

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Hannah Delisha mendedahkan, beliau teruja dan tidak sabar untuk menunggu tayangan filem sulungnya yang merupakan filem seram berjudul Langsuir.

Dalam filem arahan pengarah tersohor tanah air Osman Ali itu Hannah akan menyaksikan sekali lagi bergandingan dengan Syafiq Kyle yang mana kedua-duanya pernah bergandingan dalam drama Mencintaimu Mr Photographer.

“Saya tidaklah bimbang sangat kerana ramai yang menyokong kami sejak digandingkan dalam drama bersiri “Mencintai Mr Photographer. Kami ada rancangan tersendiri. Ada peminat saya dan Syafiq sememangnya menantikan kehadiran filem ini di pawagam,” –┬áHannah Delisha

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem pertamanya itu Hannah berkata ia merupakan satu pengalaman baru yang cukup berharga buat dirinya.

Hannah Delisha akan membawakan watak sebagai Suri iaitu seorang manusia biasa dan juga langsuir.

Tambah Hannah dia juga gembira berpeluang untuk meneroka pelbagai tempat baru dan terpencil yang sangat mencabar sepanjang penggambaran berlangsung. Sementara itu, Hannah mengakui terdapat beberapa gangguan yang berlaku ketika di lokasi penggambaran tetapi ia tidak keterlaluan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee