
Pelakon Han Ye Ri, Um Tae Goo dan Yoo Jae Myung dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi drama misteri thriller terbaru OCN berjudul “Hometown” (tajuk literal).
Bintangi filem hit “Minari”, Han Ye Ri dilaporkan sedang dalam fasa akhir rundingan untuk muncul dalam drama “Hometown”. Pelakon itu ditawarkan peranan Jo Jung Hyun, seorang wanita yang menolong ibunya menjalankan perniagaan restoran Cina. Dia harus menghadapi stigma, kerana mereka dilihat sebagai keluarga pengganas. Walaupun Jo Jung Hyun adalah orang yang sangat biasa, dia juga memiliki keberanian yang besar
Agensi Han Ye Ri mengesahkan bahawa dia telah menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut, dan kini sedang dalam rundingan.Â
Selain “Minari”, Han Ye Ri telah muncul dalam beberapa filem seperti “A Quiet Dream,” “The Table,” dan “Champion”, serta beberapa drama termasuklah “Six Flying Dragons,” “Hello, My Twenties!”, “Nokdu Flower,” “My Unfamiliar Family,” dan banyak lagi.Â
Sementara itu, agensi pelakon Um Tae Goo dan Yoo Jae Myung turut mengesahkan mereka kini sedang berunding untuk membintangi drama “Hometown”
Um Tae Goo ditawarkan watak Jo Kyung Ho, pelaku sebenar di sebalik serangan pengganas. Ketika dia kembali ke kampung halamannya setelah belajar di luar negeri di Jepun, Jo Kyung Ho melakukan tindakan keganasan dengan menggunakan gas, dan dia menyerah diri kepada polis setelah itu.
Dia tidak pernah menjelaskan apa tujuannya atau mengapa dia memilih lokasi itu untuk melakukan serangan, dan dia juga tidak pernah mengatakan mengapa dia menyerah diri kepada pihak berkuasa. Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup dan memutuskan komunikasi dengan dunia luar.
Um Tae Goo membintangi drama OCNÂ “Save Me 2” pada 2019, dan ramai peminat teruja untuk mengetahui sama ada dia akan kembali dengan projek terbaru. Um Tae Goo telah membintangi beberapa filem antaranya “The Great Battle” dan “A Taxi Driver.”
Yoo Jae Myung telah berlakon dalam beberapa drama seperti “Reply 1988, “Stranger,” “Strong Woman Do Bong Soon,” dan “Itaewon Class”, dan muncul dalam filem seperti “For the Emperor”dan “Voice of Silence”. Karakter yang ditawarkan kepada Yoo Jae Myung masih belum didedahkan.
“Hometown” digambarkan sebagai sebuah drama thriller misteri mengenai siri pembunuhan yang membingungkan di sebuah kota kecil dan memburu kebenaran mengenai sebuah pita yang memainkan suara aneh dan tidak dikenali.
Sumber melaporkan, “Hometown” akan memiliki enam episod dan dijangka tayang pada tahun ini.
Sumber: Soompi