Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Han So Hee Bertekad Mahu Membalas Dendam Terhadap Pembunuh Ayahnya Dalam Trailer Penuh Aksi “My Name”

Netflix telah melancarkan trailer rasmi untuk siri terbaru My Name yang akan datang, menampilkan Han So Hee sebagai Yoon Ji Woo, seorang wanita yang menyerahkan segala-galanya demi membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya. Siri terbaru Korea ini akan dilancarkan pada 15 Oktober, hanya di Netflix. 

Trailer bermula dengan Yoon Ji Woo yang hancur menyaksikan pembunuhan ayahnya di depan matanya sendiri. Bertekad untuk memburu pembunuh ayahnya, dia berjumpa dengan teman lamanya, seorang ketua gangster Choi Moo Jin (dilakonkan oleh Park Hee Soon), untuk meminta bantuan. 


Apabila Choi Moo Jin memberitahunya bahawa polis bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya, Yoon Ji Woo membuat keputusan untuk menyamar. Dengan bimbingan Choi Moo Jin, dia meninggalkan nama dan identiti sebenarnya untuk menyertai polis dengan menggunakan nama Oh Hye Jin.

Namun, apabila dia ditukarkan ke skuad penyiasatan narkotik untuk bekerja di samping detektif Jeon Pil Do dan ketua pasukan Cha Ki Ho (lakonan Kim Sang Ho), dia tiba-tiba mendapati dirinya ditugaskan untuk menjatuhkan ketua gangsternya sendiri, Choi Moo Jin . Semakin Yoon Ji Woo secara diam-diam membantunya, semakin banyak rakan polisnya mulai curiga bahawa terdapat ‘orang dalam’ dikalangan pasukan mereka. 

Sementara itu, anggota geng Choi Moo Jin yang lain curiga terhadap Yoon Ji Woo dan motifnya, menunjukkan bahawa dia mungkin tidak setia kepadanya. Di sebalik semua rintangan yang dia hadapi, Yoon Ji Woo tetap bertekad untuk membalas kematian ayahnya, dengan berkata, “Sekiranya saya tidak dapat membunuh [pembunuhnya], hidup saya tidak mempunyai tujuan.

My Name adalah mengenai seorang wanita yang berdendam yang menyertai sindiket jenayah dan menjadi polis yang menyamar untuk mencari pembunuh ayahnya. Anda bileh tonton trailer rasmi My Name dibawah.

Related posts

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Leave a Comment