Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Halle Bailey Menjadi Pilihan Marvel Studios Untuk Bawakan Watak Kitty Pryde.

Filem-filem X-Men mungkin tidak akan menemui penonton dalam masa terdekat ini memandangkan Marvel Studios kini sedang memberi tumpuan kepada projek-projek yang telah diumumkan.

Walaupun perancangan untuk hasilkan filem X-Men masih lagi jauh, Marvel Studios tetap membuat persiapan awal dengan merisik pelakon-pelakon yang mereka rasakan sesuai untuk watak yang bakal diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Minggu lalu, terdapat ura-ura yang mengatakan pihak studio sedang mencari pelakon kulit hitam untuk memainkan peranan Magneto dan Professor X. Khabar angin tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari para peminat MCU. Masih belum reda dengan berita tersebut, satu lagi khabar angin telah bertiup yang mengaitkan satu lagi karakter X-Men dengan pelakon kulit hitam.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, pelakon filem The Little Mermaid, Halle Bailey menjadi pilihan utama pihak studio untuk membawakan peranan sebagai salah seorang anggota X-Men, iaitu Kitty Pryde. Walaupun ianya masih belum disahkan Marvel Studios, terdapat ura-ura yang mengatakan mereka kini sedang mengikuti perkembangan pelakon remaja itu.

Sebelum ini, beberapa pelakon pernah memainkan peranan sebagai Kitty Pryde dalam filem-filem X-Men, namun yang paling diingat adalah Ellen Page yang membuat kemunculan penuh sebagai anggota X-Men itu dalam dua filem iaitu X-Men: The Last Stand dan X-Men: Days of Future Past. Kitty Pryde sepatutnya mendapat filem solonya sendiri dan Page akan meneruskan wataknya dalam filem tersebut, namun ianya dibatalkan selepas Disney berjaya membeli 21st Century Fox.

Apapun, laporan dari laman berkenaan buat masa ini boleh dianggap sebagai khabar angin oleh peminat. Kita hanya dapat mengentahui barisan pelakon filem-filem X-Men sebaik sahaja ia diumumkan oleh pihak Studios. Cuma buat masa ini, peminat hanya boleh berspekulasi sahaja.

Agaknya siapakah aktres yang sesuai untuk memainkan peranan sebagai Kitty Pryde? adakah patut mengekalkan pelakon Ellen Page atau mencari pelakon baru? kongsikan pendapat anda.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment