Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Halle Bailey Bawakan Watak Ariel Dalam Filem Terbaru Disney, The Little Mermaid

Walt Disney Pictures telah mengumumkan pelakon dan penyanyi, Halle Bailey akan membawakan watak Ariel dalam filem live action terbaru Disney, The Little Mermaid.

Menurut pengarah Little Mermaid, Rob Marshall, pemilihan Halle berdasarkan kualiti yang dimiliki pelakon tersebut untuk watak Ariel terutamanya kualiti nyanyian.

“After an extensive search, it was abundantly clear that Halle possesses that rare combination of spirit, heart, youth, innocence, and substance — plus a glorious singing voice — all intrinsic qualities necessary to play this iconic role,” 

Filem ini turut dibintangi Jacob Tremblay yang akan membawakan watak Flounder, manakala Awkwafina akan memainkan peranan Scuttle. Pelakon terkena Melissa McCarthy kini dalam rundingan untuk membawakan penjahat Ursula.

The Little Mermaid diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.

Related posts

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment