Berita

6 Aktor Yang Bakal Bawa Watak Hal Jordan Green Lantern

Views

Dalam banyak-banyak ahli Justice League, hanya Green Lantern sahaja yang masih misteri tentang siapakah aktor yang layak untuk membawa watak superhero tersebut. Studio DC yang telah menyusun semula dunia cinematicnya dikatakan  dalam proses untuk mencari aktor yang sesuai untuk membawa watak Green Lantern, Hal Jordan

Menurut laman web The Wrap, Warner Bros. sudah mempunyai beberapa list aktor yang bakal bersama-sama Jon Steward dalam filem Green Lantern akan datang. Antara aktor-aktor yang disenaraikan ialah:-

Tom Cruise

Agak pelik namanya tersenarai dalam shortlist Warner Bros. ini lebih-lebih lagi untuk filem bergenre Superhero. Tapi tahukah anda, bahawa namanya dipilih untuk membawa watak Tony Stark dalam filem-filem Marvel sebelum watak tersebut diserahkan kepada Robert Downey Jr.

Joel McHale

Oh my! Dia comedian dan pelik pulak shortlist dari Warner Bros. Mungkin karakter humor dan sarkastiknya menyebabkan namanya disenarai pendek sebagai aktor yang boleh membawa watak Hal Jordan.

Bradley Cooper

Bradley Cooper sekarang membawa watak Rocket Raccon  untuk Marvel Studios, tetapi hanya suara sahaja. Jadi tiada masalah untuk beliau muncul dalam DC Universe sebagai Hal Jordan.

Armie Hammer

Namanya pernah meletup tahun lepas di laman twitter apabila dia menunjukan dirinya sebagai Green Lantern. Ramai peminat menyangkakan yang beliau secara rasmi membawa watak tersebut, namun dia menafikan dan menganggap sebagai gurauan. Btw, dia antara yang sesuai untuk membawa watak ini dan menjadi pilihan utama peminat.

Jake Gyllenhaal

Aktor ini hampir menggantikan Tobey McGuire untuk filem Spider-Man sebelum dia terpaksa menarik diri akibat kecederaan belakang. Gyllenhaal  mengakui komik mempengaruhinya dalam melakukan aksi lakonannya.

“Superhero movies have inspired me. I remember when I saw ‘Thor' I was really inspired. There’s a reason for myth. They are so moving and so important…. Sometimes I’m in a scene playing what people might interpret as a sociopath and I’m thinking of ‘Thor'.” - Gyllenhaal

Ryan Reynolds

Selepas kegagalan filem Green Lantern pada tahun 2011, Reynold menganggap dirinya "unhireable", namun selepas kejayaan filem Deadpool, nilai dirinya semakin meningkat. Kini dia berpeluang untuk kembali membawa watak Green Lantern nya dan menjadi aktor pertama membawa dua watak Superhero untuk dua franchais dalam masa yang sama.

Bagaimanapun, Warner Bros. masih dalam penyenaraian nama-nama aktor untuk filem Green Lantern akan datang. Menurut The Wrap lagi, belum ada aktor yang dihubungi oleh pihak studio, nama shortlist yang dikeluarkan oleh mereka menunjukkan mereka serius untuk mencari aktor yang bakal membawa watak Hal Jordan.

Green Lantern Corps akan ditayangkan pada tahun 2020. Kami akan bawakan informasi mengenai filem Green Lantern dari masa ke semasa.

Like Page kakimuvee untuk melihat lebih banyak update mengenai filem-filem tempatan dan antarabangsa.

 

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks