Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Demi Paskal, Hairul Azreen Sanggup Menahan Kesakitan Akibat Jari Patah

Pelakon Hairul Azreen sanggup menahan kesakitan selama hampir dua minggu ketika penggambaran filem Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya. Aktor tersebut berkata, dia merahsiakan tentang kecederaan yang dialaminya kerana enggan menyusahkan ramai pihak termasuk produksi.

“Tulang saya patah! pada 9 Mac lalu, saya shooting filem Paskal dalam keadaan cedera, produksi dan pengarah suruh saya rehat tapi saya tidak mahu. Sampailah 27 Mac saya rasa tangan makin teruk dan saya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Hari ini bedah esok saya sudah boleh berlakon balik, doktor dan produksi hanya geleng kepala,”

Hairul mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya malam Isnin.

Tulang saya patah !!! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dgn keadaan injured, production & director @adrianteh19 suruh saya rest tp saya cakap #TheBestNeverRest ??sampai la 27march saya rasa tangan ni makin teruk & saya ambil keputusan utk operation , hari ini operation esok saya ckp saya dah boleh belakon balik , doctor & production geleng kepala,? (esok juga saya start shooting) so saya mmg tak rest ,team @tldm_rasmi semua ckp saya Piaw, Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini di tangguhkan & tak nak susahkan orang ramai now dah balik KL so baki tinggal shooting di Morocco / Turkey je ,so banyak action stunt dah habis, Apa yg saya sampaikan , ini adalah kenangan sy shooting @paskal_themovie dan first time patah tulang seumur hidup sy, Lepas habis filem ni saya nak REST bawa family holiday #TheBestNeedSomeRest lepas sesuatu usaha dikecapi?

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Suami kepada aktres Hanis Zalikha ini berkata, dia tidak mahu disebabkan kecederaan itu, penggambaran filem tersebut ditangguhkan.

“Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini ditangguhkan dan tak nak susahkan orang ramai. Sekarang sudah balik Kuala Lumpur dan penggambaran hanya tinggal di Morocco dan Turki sahaja,” katanya.

Hairul berkata, ia juga menjadi pengalaman pertama dalam hidupnya mengalami kecederaan patah tulang.

Filem khas Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diarahkan oleh Adrian Tan menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Mahgribi pada bulan depan.

Paskal turut menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment