Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Hairul Azreen Pasang Hasrat Berlakon Di Hollywood


Hairul Azreen akan muncul dalam filem Qhaliq tidak lama lagi. Sumber gambar: mStar Online

Pelakon bertubuh sasa, Hairul Azreen telah menyatakan hasratnya untuk cuba menembusi pasaran antarabangsa terutamanya dalam industri perfileman Hollywood. Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan.

“Saya sememangnya memberi tumpuan kepada pembikinan filem bercorak aksi kerana ia merupakan sebahagian daripada perancangan masa depan. 

“Bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri tetapi saya turut meletakkan sasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus mengembangkan bakat dan mencipta nama di Hollywood,”

Justeru itu, bagi melihat hasratnya tercapai, Azreen mula merangka strategi dengan berlakon dalam filem-filem aksi sebagai persiapan untuk mencuba nasib di luar negara.

Hairul Azreen akan muncul dalam filem bercorak aksi yang berjudul Qhaliq, yang berkisarkan tentang pasukan keselamatan bomba dan penyelamat. Malah beliau juga bakal muncul dalam dua filem aksi yang lain iaitu Polis Evo 2 dan filem mengenai pasukan khas Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu Paskal


Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee