Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan


Pelakon Hairul Azreen telah mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan. Pengumuman itu dibuat dalam satu video yang dikongsikan di akaun instagram peribadinya. 

Dalam video itu, Hairul menjelaskan bahawa pengundurannya dari dunia seni adalah bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaan.

“Saya hendak umumkan mahu berhenti berlakon sebab saya sudah buat semua perkara. Saya bermula sebagai ‘stuntman’ (pelakon lagak ngeri). Saya sudah jadi pelakon filem dan Allah makbulkan saya jadi hero filem aksi.

“Filem saya Paskal membuatkan orang hendak jadi anggota tentera. Filem Malbatt: Misi Bakara adalah penampilan terakhir saya sebagai anggota tentera. Saya rasa Allah dah bagi saya macam-macam melainkan saya jadi orang yang tidak reti bersyukur,” katanya.

Selain berlakon, tambah Hairul, dia pernah melakukan kerja belakang tabir, menjadi pelabur, pengarah dan penerbit.


Hairul berkata, dia sudah berbincang dengan isteri yang juga pempengaruh, Hanis Zalikha, mengenai keputusan itu.

Tambah Hairul, dia mahu berhenti berlakon kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua cahaya mata Yusuf Iskandar berusia enam tahun dan Alisa Aisyah, tiga tahun, membesar.

Hairul membintangi filem terakhirnya, Matbatt Misi Bakara yang kini sedang ditayangkan di beberapa pawagam terpilih dan akan dilancarkan secara rasmi mulai 23 Ogos ini.


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Review Filem: Mat Tudung Begins (2023)

Ahmad Fariszuan