Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Hairul Azreen Beri Hint Filem Sekuel Wira 2?

Filem aksi arahan Adrian Teh berjudul Wira masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, dan pasti ramai peminat sudah menyaksikannya. Filem tersebut boleh dikatakan menyerlah setakat ini dengan kutipan melebihi RM 5 juta.

Bagi yang telah menonton filem aksi tersebut, pasti anda perasan pada babak kredit Wira yang agak menarik dan mengejutkan. Babak tersebut seolah-oleh memberi petunjuk bahawa sebuah filem sekuel mungkin akan dihasilkan.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai Wira 2. Tetapi, berdasarkan sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Hairul Azreen dilaman sosial miliknya, peminat dapat mengentahui perkembangan terbaru mengenai filem sekuel akan datang.

Pada gambar tersebut terdapat perbualan diantara pengarah Adrian Teh dengan Hairul, yang menariknya pelakon utama Wira itu mendedahkan bahawa gambarnya bersama pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu diambil semasa penggambaran filem Wira 2. 

Jadi berkemungkinan besar, penggambaran filem sekuel Wira mungkin telah bermula dan hanya menunggu masa untuk diumumkan kepada peminat.

Dalam filem yang lalu, Wira telah memaparkan babak kredit yang mengaitkan Wira dengan sebuah lagi filem aksi iaitu Paskal. Babak itu juga turut memaparkan karakter lakonan Namron dari filem Paskal serta karakter misteri yang dipercayai pegawai tertinggi TUDM lakonan Bront Palarae, menandakan sebuah filem sekuel mungkin bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Wira diarahkan Adrian Teh dan dibintangi Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, dan Yayan Ruhian.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

Leave a Comment