
Dari atlet hingga ke dunia lakonan, Hairul Azreen terus mengorak langkah dalam perjalanan kariernya dengan menjadi seorang pengarah filem.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hairul kini bergelar pengarah apabila menghasilkan sebuah filem seram berjudul Ada Hantu, yang juga merupakan hasil kerjasama dengan Adrian Teh sebagai penerbit.
“Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada @adrianteh19 & @act2pictures selaku producer atas peluang dan kepercayaan serta tunjuk ajar yang diberi untuk mengarahkan cerita seram #AdaHantu ini. Wish me luck”
Butiran plot masih belum diketahui, namun peminat mungkin dapat melihat gambar-gambar terkini Ada Hantu memandangkan filem ini sedang menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Pulau Carey, Selangor.
Barisan pelakon terdiri daripada Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, serta penampilan istimewa Henley Hii, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri dan Sophia Albarakbah.
Ada Hantu dijangka tayang pada 2021.