Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hailee Steinfeld Sah Bawa Watak Kate Bishop Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”


Sebuah video dari Murphy’s Multiverse telah mengesahkan Hailee Steinfeld (True Grit, Bumblee, Dickinson) akan memainkan peranan sebagai Kate Bishop dalam siri Marvel Disney+ Hawkeye. 

Projek terbaru Marvel Studios itu sedang menjalani penggambaran di Brooklyn, New York, dan video tersebut menawarkan pandangan pertama Clint Barton (Jeremy Renner) dan Kate Bishop (Steinfeld) ketika mereka menuju ke keretapi bawah tanah. 

Menurut sumber, individu yang merakam video tersebut mengesahkan Steinfeld berada di set penggambaran Hawkeye. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah. 

Pada September tahun lalu, Steinfeld dilaporkan sedang berunding dengan Marvel Studio untuk membintangi siri Hawkeye sebagai Kate Bishop. Bagaimanapun, sejak dari itu tiada sebarang perkembangan didedahkan kepada peminat. 

Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan siri terbaru ini bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Cinematic Universe. Mengikut versi komik, Barton telah melepaskan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.


Hawkeye akan diarahkan oleh Amber Finlayson dan Katie Ellwood (Troop Zero) bersama-sama Rhys Thomas (Staten Island Summer). Siri terbaru Disney+ MCU ini akan ditayangkan di platform steaming Disney+ pada musim luruh 2021. 


Related posts

[GAMBAR] Hailee Steinfeld Memperagakan Cosplay Gwen Stacy Semasa Muncul Di Hadapan Media

Kakimuvee

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee