Official Trailer

Hailee Steinfeld, Lili Reinhart,Ronda Rousey Antara Yang Akan Membuat Cameo Dalam Filem Charlie’s Angels

Views

Pengarah dan penulis Elizabeth Banks telah mendedahkan cameo istimewa yang bakal muncul dalam filem sekuel Charlie’s Angels. 

Menerusi TV spot terbaru, pelakon Hailee Steinfeld (Bumblebee), Lili Reinhart (Riverdale), pemenang pingat emas Olimpik Aly Raisman, pemenang pingat emas Olimpik musim sejuk Chloe Kim, pengusti serta pelakon Ronda Rousey (Mile 22) dan bekas pelumba racecar Danica Patrick (CSI: NY) akan membuat cameo dalam filem akan datang.

Filem terbaru Charlie’s Angels ini dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano.

Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.

Skrip filem ini ditulis sendiri oleh Elizabeth Banks berdasarkan cerita yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan David Auburn. Filem ini turut dibintangi Noah Centineo, Jonathan Tucker, Sam Claflin, Patrick Stewart, Djimon Hounsou, dan Elizabeth Bank

BACA:  The Spirit Of Ramayana Bakal Menghantui Anda Pada 12 September Ini.

Filem ini akan bertindak sebagai ‘standalone’ sekuel untuk siri televisyen dan filem sebelumnya. Charlie’s Angels akan menemui penonton pada 15 November 2019

 

Tinggalkan Balasan

shares