Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hailee Steinfeld Berminat Bawa Watak Barbara Gordon


Bintang filem Pitch Perfect 3, Hailee Steinfeld menyatakan minatnya untuk membawa watak Barbaro Gordon aka Batgirl dalam filem Batgirl yang bakal dihasilkan Joss Whedon tidak lama lagi.

Aktres tersebut berkata demikian semasa ditemuramah oleh MTV News ketika sedang mempromosikan filem terbaru Pitch Perfect 3 lakonannya. Beliau ditanya sama ada berminat untuk membawakan watak superhero, aktres tersebut menjawab:

“Yes, absolutely, definitely on my bucket list.”

Apabila wartawan mencadangkan watak Batgirl, Steinfeld tanpa ragu-ragu berkata beliau berminat untuk membawa watak superhero tersebut.

“that’s kind of what I was thinking, but I didn’t know what to say. I would love that.”


Hailee Steinfeld bukanlah satu-satu aktres yang berminat untuk bawa watak Batgirl, sebelum ini terdapat beberapa nama disebut untuk membawakan watak sidekick Batman itu antaranya Lindsey Morgan, Priyanka Chopra dan Jane Levy.

Buat masa ini, filem Batgirl masih diperingkat perancangan. Malah belum ada pelakon yang disahkan membintangi filem ini. Namun, Batgirl antara filem superhero yang diumumkan oleh Warner Bros dan DC semasa konvension Comic-Con Experience 2017 yang berlangsung di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.

Kepada peminat filem-filem DC, aktres manakah yang ada rasa sesuai untuk bawakan watak Barbara Gordon aka Batgirl?


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee