Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hailee Steinfeld Bakal Memainkan Peranan Sebagai Kate Bishop Dalam Siri Tv Hawkeye

Bintang filem Bumblebee, Hailee Stienfeld telah ditawarkan peranan Kate Bishop oleh Marvel Studios untuk rancangan Disney+ Marvel terbaru berjudul Hawkeye, lapor media antarabangsa Variety.

Siri terhad itu akan menyaksikan Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan ia juga akan turut memperkenalkan anak murid Barton iaitu Kate Bishop.

Berdasarkan komik, Bishop akan menjadi adiwira kedua yang menggunakan gelaran Hawkeye dan menjadi salah seorang ahli Young Avengers.

Advertising

Sementara itu, penulis siri televisyen Mad Men, Jonathan Igla telah disahkan akan menjadi salah seorang barisan kreatif Hawkeye sebagai penulis skrip dan penerbit eksekutif. Setakat ini, pengarah untuk setiap episod siri Disney+ Marvel ini masih belum diumumkan pihak Disney / Marvel Studios.

Hawkeye merupakan salah satu rancangan televisyen Marvel Fasa 4 yang diumumkan Marvel Studios semasa di San Diego Comic-con yang lalu. Siri ini akan memulakan tayangannya pada musim luruh 2021 di platform penstriman video Disney+.

Advertising

Related posts

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Leave a Comment