
iQIYIMalaysia bakal menyiarkan sebuah drama terbaru arahan Fairuz Loy berjudul Hadiah Dari Tuhan.
Drama lakonan Syafi Tee, Riena Diana dan Puteri Rafasya ini akan menceritakan realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan semasa menghadapi pandemik COVID-19.
Diterbitkan Country & Universal Sdn Bhd, Hadiah Dari Tuhan turut dibintangi Sophia Albarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Ummar Dzariff dan Aryana Armani.
Hadiah Dari Tuhan boleh ditonton secara percuma di iQIYI Malaysia bermula 30 Disember ini, dan akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu jam 10.00 malam. Tontonnya di laman web: https://www.iq.com/play/22o4h9nfscd atau muat turun aplikasi iQIYI Malaysia di Apple Store/Google Play.