Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hacker Ugut Sebarkan Filem Terbaru Edaran Disney, Antaranya Pirates of the Caribbean

CEO Walt Disney, Bob Iger mendedahkan Isnin lalu terdapat sekumpulan pengodam mendakwa memiliki beberapa filem terbaru milik Disney dan menuntuk bayaran pampasan agar filem-filem tersebut tidak didedahkan kepada umum sebelum tarikh tayangan.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Bob Iger mendedahkan ugutan tersebut semasa melakukan mesyuarat dengan pekerja stesen TV ABC di New York.

Antara filem terbaru yang bakal ditayangkan studio berkenaan adalah Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, dimana akan ditayangkan tidak lama lagi, dan Cars 3, yang dijadualkan 16 Jun ini.

Minggu lalu, filem Star Wars: The Last Jedi, telah disalin secara haram dan dipegang sebagai tebusan, namun keesokkannya, berita tersebut dikatakan sekadar “hoax” sahaja.

Menurut ketua Disney tersebut, pengodam menuntut bayaran dalam bentuk Bitcoin. Mereka mendakwa, Hackers akan mendedahkan 5 minit pertama filem berkenaan dan kemudian 20 minit pertama sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi oleh Studio berkenaan.

Ugutan terhadap Disney bermula selepas seminggu pengodam memuatnaik 10 episod siri akan datang, Orange in the New Black di Pirate Bay selepas stesen Netflix enggan membayar sejumlah wang yang dituntut oleh pengodam terbabit. Siri berkenaan dimuat naik di Pirate Bay 6 minggu sebelum siri tersebut memulakan tayangannya secara rasmi pada 9 Jun ini.

 

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee