Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Guthrie Dawn Raid” Bakal Difilemkan

dawn-raid

Pada 7 haribulan September tahun 1981, sekumpulan orang-orang penting negara telah melakukan satu serangan mengejut terhadap Britain apabila berjaya mengambil alih satu syarikat perladangan Guthrie, sebuah syarikat perladangan yang berusia lebih 100 tahun yang merupakan syarikat perladangan terbesar negara Britain.

Syarikat tersebut telah jatuh ketangan pihak asing dalam tempoh 4jam sahaja, dan pihak asing yang dimaksudkan ialah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang baru berusia dua bulan pemerintahannya iaitu Dr. Mahathir Mohammad.

Serangan pasaran saham ini dikenali sebagai Guthrie Dawn Raid dan dilakukan oleh beberapa individu yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim atas arahan Perdana Menteri pada masa itu dengan tujuan untuk merampas kembali hak-hak Malaysia dari tangan Britain dan menjadikan syarikat Guthrie dimiliki oleh Malaysia.

dawn-raid-glasgow-herald-1981_2

Kini, kisah mengenai kejayaan Malaysia merampas Syarikat Perladangan terbesar Britain Ā pada masa itu bakal dipertontonkan kepada orang ramai apabila sebuah syarikat produksi Pixel Play bakal menerbitkan filem bertajukĀ Dawn Raid: The Hand That Rattle The Queen.Ā 

Filem berkenaan dikatakan sedang dalam proses pembangunanĀ dengan pengarah filem ini adalahĀ Bront Palarae. Bront yang juga pemilik syarikat produksi Pixel Play akan membawa sendiri watak utama yang merancang serangan subuh ini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Screendaily.com, filem berkenaan akan mendapat sentuhan penulis skripĀ Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah.

Dawn Raid: The Hand That Rattle The QueenĀ merupakan filem berbahasa Inggeris tempatan dan setakat ini tarikh tayangan masih belum diketahui.

 

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment