Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Guillermo Del Toro Mahukan Godzilla Dalam Filem Pacific Rim 2

jaeger

Kita semua telah mengentahui bahawa sekuel Pacific Rim 2 akan ditayangkan dipawangan pada 2017 nanti. Filem pertarungan antara robot gergasi dan juga raksasa ini telah menjadi fenomena pada sejak tayangannya pada tahun 2013. Untuk kali ini, pengarah dan ‘mastermind’ filem robot vs. raksasa ini, Guillermo de Toro memberitahu bahawa filem ingin lebih menarik lagi; beliau mahu membawa raksasa Godzilla dalam filem akan datang ini.

Malah sebelum tayangan filem Pacific Rim (2013) dan selepas tayangan filem reboot Godzilla arahan Gareth Edward, pengarah filem Hellboy ini menyatakan kemungkinan untuk membawa masuk karakter raksasa tersebut kedalam filem sains fiksyen beliau. Mari kita lihat petikan interview beliau dengan wartawan.

So far with the sequel, what we’re writing, what we’re creating, is very different, so there are no plans. Hypothetically, I would love the fuck out of it. I would love to see a jaeger and Godzilla duke it out. That would be too much for the human brain. – sumber: Collider(2013)

GODZILLA


Bukan itu sahaja, del Toro kerap kali bercakap mengenai kemungkinan Godzilla akan dimasukan dalam filem sekuelnya nanti. Bagaimanapun, ianya belum dapat disahkan lagi bahawa Godzilla dan Jaeger akan bertarung dalam filem Pacific Rim 2, tapi disebabkan filem Pacific Rim dan Godzilla dihasilkan oleh studio yang sama, Legendary Pictures, jadi tidak mustahil kedua-dua karakter utama filem akan digabungkan dan menjadi satu filem yang besar dan sangat menarik untuk ditonton.

Pacific Rim 2, atau dikenali sebagai Pacific Rim: Maelstrom dijadualkan akan memulakan pengambaran pada penghujung tahun ini dan bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2017, manakala filem Godzilla 2 akan ditayangkan pada 8 Jun 2018

Related posts

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Dave Bautista Bakal Bintangi Filem Baru Netflix “Unleashed”

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

Reset DCEU: David Zaslav Umum Pelan 10 Tahun – Yang Diinspirasikan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

Ryan Reynolds Mula Jalani Latihan Untuk Filem “Deadpool 3”

Kakimuvee

Lady Gaga Sah Bawa Watak Harley Quinn Dalam Filem Sekuel “Joker”

Kakimuvee

Leave a Comment