Bosan menonton filem superhero Hollywood? mahukan filem aksi superhero lain dari yang lain? Kami kongsikan sebuah filem aksi superhero yang datang dari negara bekas Soviet Union, Russia iaituĀ Guardians.Ā Filem arahanĀ Sarik AndreasyanĀ ini dibintangi oleh pelakon-pelakon Russia iaituĀ Sebastien Sisak, Anton Pampuchniy, Sanzhar Madiev, Alina Lanina, Valeria Shkirando dan Stanislav Shirin.
Untuk pengentahuan anda semua, filem superhero Russia ini tidak terikat dengan mana-mana filem Superhero Marvel mahupun DC, walaupun ramai mengatakan salah seorang superhero dalam filem ini kelihatan seperti Winter Soldier. Bukan WInter Soldier tiada kena mengena dengan filem Russia ini.
Filem ini mengisahkan sekumpulan superheros yang dicipta semasa era zaman Perang Dingin. Ā Mereka terdiri 4 indiviu dari bebarapa anggota Soviet Union dan setiap daripada mereka mempunyai kuasa yang berbeza dan mengikut tradisi masyarakat Soviet.Ā Mereka telah diubah suai DNA mereka oleh sebuah organisasi Soviet iaitu “Patriot”, Organisasi tersebut mencipta manusia luarbiasa untuk mempertahankan negara mereka dari ancaman supernatural.
Antara kuasa yang dimiliki oleh keempat-empat mereka ialah mengawal dan mengguanakan elemen udara, tanah dan air sebagai alat senjata manakala satu lagi anggotaĀ superhero ini mempunyai abitilti yang cukup luar biasa dan menyerupai beruang.
Plot filem ini mengisahkan keempat-empat individu ini dipanggil semula oleh kerajaan Rusia selepas sekian lama menyepikan diri untuk menjalankan satu misi. Misi yang dimaksukan ialahĀ untuk melindungi negara mereka dari dimusnahkan villain.
GuardiansĀ menelan belanja sebanyak $5 juta dan bakal ditayangkan pada 23 Februari ini disemua pawagam tanah air.
Trailer:
https://youtu.be/jIWPEnH29z4