
Walaupun mendapat pujian melambung dari peminat, nampaknya tidak ramai pengkritik Rotten Tomatoes menyukai filem terbaru Marvel Studios, Guardians of the Galaxy Vol. 3.
Berdasarkan semakan yang dibuat di laman web pengagregatan ulasan Amerika untuk filem dan televisyen itu, Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah mendapat rating terkumpul sebanyak 82 peratus. Walaupun angka itu tinggi, dan masih berada di tahap ‘segar’, ianya sebenarnya lebih rendah dari filem kedua Guardians, malah jauh lebih rendah dari filem pertama.
Sebagai perbandingan, filem pertama Guardians of the Galaxy telah mendapt rating terkumpul sebanyak 92 peratus dari 338 ulasan, manakala filem kedua mendapat rating 85 peratus dari 426 ulasan. Filem terkini, telah menerima 315 ulasan, nampaknya seperti sukar untuk mengatasi rating filem kedua.
Bagaimanapun, skor penonton untuk ketiga telah mencatatkan rating tertinggi berbanding dua filem terdahulu, dengan Guardians 3 mendapat peratusan rating sebanyak 95 peratus, diikuti filem pertama, yang mendapat 92 peratus dan filem kedua yang mendapat 87 peratus.
Namun, skor penonton untuk filem ketiga masih belum dianggap sah kerana kedua-dua filem awal telah menerima skor lebih dari 100,000 pengguna, berbanding filem ketiga yang hanya dinilai lebih 5,000 pengguna.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekali lagi ditulis dan diarahkan oleh James Gunn. Veteren MCU Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel kembali mengulangi peranan masing-masing sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Rocket dan Groot, manakala Maria Bakalova kembali sebagai Cosmo the Spacedog.
Sekuel ini juga menampilkan pengenalan pendatang baharu francais Will Poulter dan Chukwudi Iwuji, yang menggambarkan peranan Adam Warlock dan High Evolutionary.
“Dalam filem Marvel Studios Guardians of the Galaxy Vol. 3, kumpulan ketidaksesuaian kegemaran kita kelihatan agak berbeza pada masakini,” menurut sinopsis.
“Peter Quill, yang masih bersedih kerana kehilangan Gamora, mesti mengumpulkan pasukannya di sekelilingnya untuk mempertahankan alam semesta bersama-sama dengan melindungi salah seorang daripada mereka sendiri. Misi yang, jika tidak diselesaikan dengan jayanya, berkemungkinan besar akan membawa kepada pengakhiran Guardians yang kita kenali.”
Guardians of the Galaxy Vol. 3 kini sedang ditayangkan di pawagam.
Review Guardians of the Galaxy Vol. 3