Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Guardians Of The Galaxy Vol. 2 Telah Bersedia Untuk Sesi Pengambaran

James-Gunn-and-Michael-Rooker-filming-Guardians-of-the-Galaxy

Setelah kejayaan pengarah James Gunn memperkenal filem Guardians of the Galaxy sehingga menjadi salah satu filem blockbuster pada musim panas yang lalu, kini beliau telah bersedia untuk pengambaran filem sekuel tersebut dengan masih mengekalkan pelakon-pelakon filem sebelum ini.

Seperti pengarah – pengarah moden pada masa kini, James Gunn kerap menggunakan media sosial seperti Twitter, sesi interview dan medium-medium media yang lain untuk mempromosikan filem sekuel tersebut dan memberi kemaskini tentang perjalanan filem terbaru beliau itu kepada peminat.

Yang terbaru, beliau memberitahu melalui Twitter bahawa Captain Marvel ataupun The Hulk akan muncul dalam sekuel filem tersebut dan juga menambah beberapa karakter baru.

Sementara beliau tidak memaklumkan apakah karakter baru yang bakal muncul, Gunn telah memuatnaik status di Facebook yang beliau sedang menuju ke Altanta untuk memulakan pre-produksi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan memberitahu proses produksi memakan masa 10 bulan termasukan pre-produksi dan pengambaran.

facebook james gunn

Walaupun Gunn dan beberapa krew telah menuju ke Atlanta untuk memulakan proses produksi, Gunn memberitahu proses pengambaran tidak akan dimulakan sehingga Februari 2016. Ini kerana beliau dan krew lain akan menghabiskan masa beberapa bulan untuk membuat set produksi gergasi yang akan digunakan sebagai backdrop untuk filem ini.

Atlanta kini menjadi tumpuan pengambaran filem Marvel buat masa ini. Sebelum ini, filem Ant-Man dan Captain America:Civil War turut melakukan pengambaran disana, dan yang terbaru, filem Thor 3 turut akan membuat sesi pengambaran sejurus selesai filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dihasilkan.

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijangka akan ditayangkan pada 5 May 2017. Infomasi mengenai karakter baru yang bakal muncul dalam filem sekuel ini dan plot filem akan diberitahu kelak.

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment