Seperti kebiasaannya, filem-filem adaptasi komik superhero akan disajikan post credit sejurus filem berkenaan tamat. Ianya seperti sudah menjadi satu kemestian bagi filem-filem seperti itu seolah-olah mahu membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk menunggu filem seterusnya.
Bagaimanapun, Logan telah melanggar tradisi tersebut apabila tidak memaparkan babak post credit. Walaupun telah diberitahu oleh pengarah filem berkenaan, penonton tetap menunggu sehingga habis credit film semata-mata hendak melihat babak tersebut.
Bagi mengelakkan penonton terlepas babak post-credit scene gara-gara Logan telah melanggar tradisi filem seperti itu, beberapa filem yang mempunyai babak tersebut telah membuat ingatan kepada penonton agar terus duduk dikerusi panggung wayang bagi mengelakkan mereka terlepas dari menontonnya.
Sebelum ini Kong: Skull Island telah mengeluarkan reminder kepada penonton bahawa filemnya mempunyai babak post credit, kali ini pengarah Guardians of the Galaxy Vol. 2 pula memberi peringatan kepada penonton untuk terus duduk dan tonton babak post credit, kecuali jika ada orang nak mati. Itu yang dikatakan oleh James Gunn dilaman Twitter nya.
https://twitter.com/JamesGunn/status/840594103280660480?ref_src=twsrc%5Etfw
Jadi kepada peminat filem Guardians of the Galaxy, sila duduk sebentar dan tunggu babak post credit filem berkenaan.