Berita

Guardians of the Galaxy Bakal Muncul Dalam Filem THOR: LOVE AND THUNDER

Views

Nampaknnya bukan Thor yang akan buat kemunculan dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Ketika temubual bersama ComicBook sempena mempromosikan filem Bloodshot, aktor Vin Diesel telah mendedahkan bahawa kumpulan penjaga galaksi itu akan membuat penampilan mereka dalam filem Thor: Love and Thunder. 

I am waiting and excited for my friend James Gunn to knock this next one out of the park,”

“He took The Suicide Squad so he’s about to embark on it. Thor will also, the director talked to me about [how] Thor will incorporate some of the Guardians of the Galaxy… That’ll be very interesting, nobody knows, maybe I shouldn’t have said anything.”

Bagaimanapun, Vin Diesel tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai penglibatan Guardians dalam filem Thor akan datang. Pada Julai tahun lalu, James Gunn telah mendedahkan bahawa Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditetapkan selepas filem keempat Thor.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi dimana ia akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Penggambaran dijangka bermula pada Ogos ini dan akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks