Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Guardians of the Galaxy Vol. 2 Review

Genre: Superhero / Aksi / Sains Fiksyen

Pengarah: James Gunn

Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 27 April 2017

Durasi: 2 jam 18 minit

Klasifikasi: PG-13

Guardians of the Galaxy kembali dalam pengembaraan terbaru mereka dalam filem kedua. Kali ini pengembaraan mereka sedikit berbeza dari filem pertama, dan mampukah pengembaraan mereka kali ini mengatasi kehebatan pengembaran mereka sebelum ini?

Yondu dan Rocket “togather gather”

Well, bagi kami, filem kedua ini boleh dikatakan sangat menarik, sangat colorfull tetapi agak kurang sedikit dari filem pertama yang lebih dramatik. Thanks kepada humor Rocket Raccon, Drax, kecomelan baby Groot, Awesome Mix Vol. 2 yang mengembalikan zaman lagu-lagu retro dan karakter driven untuk filem kali ini. Guardians of the Galaxy Vol. 2 masih boleh dianggap filem Marvel yang cukup fun untuk kita tonton.

Dari mula sampai ke penghujung filem, tiada satu pun membosankan dan filem kali ini dilihat lebih menitikberatkan hubungan kekeluargaan dalam kumpulan Guardians of the Galaxy dan juga beberapa karakter dalam filem ini. Sebagai contoh hubungan antara Gamora dan Nebula yang akhirnya telah kembali berbaik diantara adik beradik dan juga bagaimana ahli-ahli kumpulan Guardians yang menjaga antara satu sama lain walaupun mereka dilanda krisis dan sering bercakaran.

Sebenarnya kami suka dengan cara pembikinan dan idea-idea kreatif yang mereka tonjolkan dalam filem ini. Bagaimana mereka berjaya menghasilkan grafik yang begitu cantik, soundtrack musik yang begitu sedap didengari dan juga gaya lakonan para pelakon. Kesemuanya memberi satu filem superhero yang cukup fun untuk kita tonton, tidak terlampau serius, cuma elemen dramatiknya tidak sehebat filem pertama yang lebih banyak berbanding filem kali ini. Mungkin James Gunn mahu menumpukan origin beberapa karakter Guardians yang tidak ditonjolkan dalam filem sebelum ini. Bagi yang tidak pernah menonton filem pertama mungkin agak sukar untuk menerima filem ini, kerana filem ini agak emotional dan banyak melibatkan “famili matters” dan kisah lampau beberapa karakter Guardians.

Boleh dikatakan, setiap karakter dalam filem ini ada peranan masing-masing even karakter Cameo Sylvester Stallone sebagai Stakar Ogord. Kiranya, tiada karakter yang dianggap sekadar “menumpang”, tapi yang paling mencuri perhatian kami ialah karakter Yondu. Karakternya yang sebenar ditonjolkan dalam filem kali ini, dan menjawab persoalan kenapa dia selalu berlembut hati dengan Peter Quill walaupun dia terkenal dengan sifat kejam. Yondu menampilkan karakter “father figure” kepada Peter Quill, dia sanggup mengorbankan dirinya demi seorang individu yang dia anggap sebagai anak. Tapi sayangnya karakter tersebut tamat dalam filem kali ini. Sedih!

Apa yang menariknya filem kali ini, James Gunn telah memberikan beberapa klu penting untuk pembikinan filem akan datang termasuklah Infinity War. Memang benar apa yang dikatakan oleh laman-laman web antarabangsa dimana, Guardians of the Galaxy Vol. 2 adalah filem penting untuk fasa terbaru filem Marvel. Kemungkinan besar lebih banyak karakter baru akan muncul dalam Vol. 3 seperti ahli-ahli lama Guardians seperti Stakar, Aleta Ogord dan Adam? Adakah ia Adam Warlock? Yang dicipta oleh Ayesha (Sovereign).

One of the best part dalam filem ini ialah apabila mereka menunjukan rupa sebenar Planet Ego, walaupun sekejap sahaja, ia kelihatan sama seperti yang ditunjukan dalam komik. Btw, rupanya Ego adalah main antoginis dalam filem ini dan Sovereign disimpan oleh James Gunn untuk menjadi musuh kepada Guardians dalam filem akan datang.

Star-Lord – Hero

Guardians of the Galaxy Vol. 2 boleh dikatakan berjaya memberikan “Awesome Mix Vol. 2” yang menarik untuk kita tonton. Walaupun “Awesome Mix” tidak serancak filem pertama, ia tetap memberi satu kepuasan kepada penonton terutamanya peminat Marvel. Filem ini mungkin tidak dapat mengatasi filem pertama, but atleast mungkin dapat mengatasi filem-filem Marvel yang lain dan menjadi antara filem Marvel terhebat yang pernah dihasilkan. Sangat berbaloi dan kami sarankan yang tidak pernah menonton filem pertama untuk tonton filem pertama dahulu sebelum menonton filem ini.

Oh yer, ada 5 post credit dan dua daripadanya sangat penting untuk korang tonton.

Rating: 8.5/10

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment