Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Guardians of the Galaxy Vol. 2 Kutip $428 Juta Seluruh Dunia

Filem Marvel terbaru, Guardians of the Galaxy Vol. 2 telah berjaya mengutip $428 juta selepas 13 tayangannya diseluruh dunia. Filem tersebut yang baru ditayangkan di Amerika Syarikat (US) berjaya mengaut $145 juta pada minggu pertama dan sejumlah $283 juta dari pasaran antarabangsa.

Kutipan yang memberangsangkan pada minggu pertama di Amerika Syarikat telah menjadikan Guardians of the Galaxy Vol.2  menjadi filem Disney kedua yang paling tinggi kutipan tiket dibelakang filem Beauty and the Beast yang berjaya mengaut $174.8 juta pada minggu pertama tayangannya di US.

Pencapaian ini telah menambah jumlah kutipan tiket filem Marvel Cinematic Universe kepada $11 billion sejak filem pertama ditayangkan pada tahun 2008. China, UK dan Jerman antara pasaran antarabangsa yang memberikan pulangan besar kepada filem kedua arahan James Gunn ini.

Filem yang dibintangi oleh Chriss Prat, Zoe Saldana, Vin Diesel (Suara groot), Dave Bautista, Bradley Cooper (Suara Rocket Raccon), Michael Rooker serta beberapa nama pelakon lama seperti Kurt Russell dan Slyvester Stallone sedanga ditayangkan dipawagam Malaysia dan dijangka akan terus mengaut keuntungan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

 

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee