Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Guardians Of The Galaxy 3 Bakal Menyaksikan Ahlinya Bertukar

Satu-satunya filem Marvel Cinematic Universe fasa 4 yang sedang rancak dalam pembikinan, Guardians of the Galaxy 3 bakal menyaksikan ahli-ahli Guardians bakal bertukar selepas tamatnya filem ketiga itu. Pekara tersebut diberitahu sendiri oleh pengarahnya, James Gunn semasa ditemubual oleh laman web The Hollywood Reporter.

Menurut Gunn, filem ke tiga Guardians of the Galaxy itu bakal menyaksikan watak-watak Star-Lord, Gamora, Drax, Rocket, Groot, dan Nebula akan diganti dengan watak-watak yang lain.

Spekulasi bertiup kencang yang mengatakan ahli-ahli Ravagers yang diketuai oleh Sylvester Stallone dalam filem kedua mungkin akan mengambil mantel yang dipegang oleh ahli sekarang. Tidak menghairankan jika Ravagers akan mengambil alih peranan ahli sekarang kerana kesemua ahli-ahli Ravagers tersebut merupakan ahli asal Guardians of the Galaxy dalam versi komik.

Sementara itu, Gunn juga memberitahu, karakter Adam Warlock dalam filemnya nanti akan sedikit berbeza jika hendak dibandingkan dalam versi komik. Walaupun versi komik Adam Warlock dilihat sebagai seorang yang sangat berkuasa, tetapi dalam versi MCU, kita bakal menyaksikan personaliti dan karakternya yang cukup berbeza.

“I always do what’s best for the movie. A lot of times that means taking things from the source material, and other times it’s changing things,” said Gunn. “I’ve changed a lot already from the comics with the Guardians. Groot’s personality in the first Guardians, which people loved, was nothing like his personality in the comics. He didn’t have that puppy-dog innocence that we love about Groot. I don’t restrain myself in any way when it comes to using stuff from the comics or not using it.”

Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan filem Guardians of the Galaxy 3, kami akan bawakan berita terkini mengenai filem ini dari masa kesemasa.

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment