Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

GSC Bakal Tayangkan Filem Korea “Parasite”


Buat peminat-peminat filem Korea yang menantikan tayangan filem Parasite dinegara kita, GSC Movies membawakan berita baik buat anda semua. Mulai 15 Ogos ini, GSC akan menayangkan filem Parasite dipawagam-pawagam mereka.

Anda boleh semak waktu tayangannya nanti di laman web GSC

https://www.instagram.com/p/B0zRWk4gK_I/?utm_source=ig_web_copy_link

Parasite merupakan filem Korea pertama yang berjaya merangkul anugerah berprestij Palme d’Or di Festival Filem Cannes pada 31 Mei yang lalu. Filem arahan Bong Joon Ho ini menjadi hit di Korea Selatan dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 5 juta dalam tempoh 8 hari tayangan.

Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (lakonan Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (lakonan Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak perempuan keluarga kaya tersebut.


Parasite dibintangi Song Kang Ho, Lee Sun Kyun, Cho Yeo Jeong, Choi Woo Shik, Park So Dam, Lee Jung Eun serta Chang Hyae Jin dan akan berdurasi selama 131 minit.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee