Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Greenland 2 Akan Memulakan Penggambaran Tahun Hadapan

Filem sekuel Greenland: Migration lakonan Gerard Butler akan memulakan penggambarannya tahun hadapan, lapor Comingsoon.net. 

Greenland: Migration sekali lagi akan dipimpin oleh Gerard Butler dan Morena Baccarin yang akan mengulangi peranan mereka sebagai John dan Allison Garrity.

Sekuel kali ini akan terus mengikuti kisah keluarga Garrity, yang terselamat dalam peristiwa yang hampir membawa kepupusan umat manusia ketika komet menghentam Bumi. Dia dan keluarganya mesti meninggalkan bunker di Greenland dan memulakan perjalanan yang berbahaya di gurun beku Eropah yang hancur untuk mencari kediaman baru. 

Ric Roman Waugh kembali sebagai pengarah, manakala lakon layar ditulis oleh Chris Sparling. Butler akan menjadi penerbit bersama Alan Siegel yang mewakili syarikat produksi G-BASE. Syarikat produksi Anton akan membiayai projek ini dan mengawal hakcipta manakala STXFilms akan menjadi pengedar untuk pasaran global. 

Filem Greenland telah ditayangkan pada penghujung tahun lalu dan merupakan kejayaan komersial buat STXFilms dan rakan niaganya di seluruh dunia. Filem bencana ini berjaya meraih kutipan $53 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $35 juta dolar. Di pasaran domestik AS, filem ini telah dijual kepada HBO Max dan juga merupakan kejayaan PVOD.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment