Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

The Greatest Showman Review


P.T Barnum atau nama penuhnya Phineas Taylor Barnum merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan terkenal di US semasa kurun ke-18. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai individu yang mencipta ‘hoax’ dan memperkenalkan manusia dan haiwan pelik kepada rakyat Amerika dan menjadikan ia sebagai satu bentuk perniagaan hiburan. Beliau banyak mempersembahkan hiburan pelik kepada rakyat US sehinggakan dikenali sebagai “The Greatest Showman’ di negara Uncle Sam itu.

Barnum & Bailey Circus yang sangat terkenal suatu ketika dahulu sehinggalah terpaksa ditutup akibat kos yang tinggi pada awal tahun ini adalah sarkis yang ditubuhkannya bersama-sama James Anthony Bailey.

Kejayaan P.T Barnum sebagai seorang penghibur terkenal Amerika pada waktu itu kemudiannya diadaptasikan dalam filem muzikal terbaru arahan Michael Gracey. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Hugh Jackman, Zac Efron, Michelle Williams, Rebecca Ferguson dan Zendaya, The Greatest Showman mengisahkan perjalanan hidup P.T Barnum (Hugh Jackman) semasa beliau baru memulakan perniagaannya hiburan peliknya di Kota New York.

Bermula dari seorang lelaki yang diberhentikan kerja, P.T Barnum telah mengambil satu langkah berani dengan membuat pinjaman Bank untuk memulakan perniagaan pameran muzium di kota New York. Tetapi disebabkan tiada sambutan, beliau mendapat idea untuk menarik pengunjung datang ke muziumnya, bermula dari situ, dia telah mengumpu beberapa individu pelik seperti gadis berjambang, lelaki tertinggi dan terpendek dan sebagainya untuk dijadikan simbol tarikan pengunjung datang ke muzium beliau. Semenjak dari situ, P.T Barnum mula dikenali, muziumnya menjadi terkenal sehinggalah di berjumpa Jenny Lid (lakonan Rebecca Ferguson), seorang penyanyi Eropah yang bakal mengubah kehidupannya.

The Greatest Showman sememangnya sebuah filem muzikal yang baik dengan lagu-lagu yang sedap didengar serta koreografi yang sempurna dan rancak. Tetapi perjalanan filem ini sangat ‘rushing’ sehinggakan tiada keistimewaan pada jalan cerita seperti mana yang ditunjukan dalam filem muzikal seperti La La Land dan Beauty and the Beast. Pengarah dilihat lebih menumpukan muzikal filem ini bagi menarik perhatian penonton dan mengabaikan plot filem. Hasilnya elemen drama dalam filem ini tidak begitu berkesan dan menarik perhatian penonton. Cuma dipenghujung filem ia sedikit dramatik dan menyentuh hati penonton. Persahabatan, keluarga dan tidak terlampau tamak menjadi nilai moral dalam filem muzikal ini.


Tetapi pujian harus diberikan kepada Hugh Jackman yang berjaya membawa watak P.T Barnum dengan berkesan. Jackman sangat dikenali dalam filem-filem aksi, dan tidak banyak filem drama romantik yang dibintangi oleh pelakon watak Wolverine ini. The Greatest Showman membuktikan, Hugh Jackman adalah seorang pelakon yang versatile dan mampu mengalas watak dalam sebuah filem muzikal, bukan filem berunsur aksi semata-mata.

Lakonan Zac Efron dan Zendaya juga tidak mengecewakan walaupun mereka mula menonjol selepas separuh perjalanan filem. Zac Efron yang sudah biasa berlakon dalam filem-filem muzikal seperti High School Musical menampikan gaya lakonan yang cukup menarik sekali.

The Greatest Showman bukanlah sebuah filem yang hebat tetapi ia tetap dapat menghiburkan penonton dengan lagu-lagu dan tarian hebat dari P.T Barnum dan para pekerjanya.

Rating: 7/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee