Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Grace vs. Rev Dalam Klip Terbaru Terminator: Dark Fate

Filem Terminator: Dark Fate boleh ditonton mulai hari ini, dan bagi membuatkan anda tidak sabar untuk menyaksikan filem terbaru Terminator terbitan Paramount Pictures ini, mari kita saksikan klip terbaru dibawah.

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), dan Grace (Mackenzie Davis) yang merupakan askar cyborg . Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) kini dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan garismasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator T-800, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate arahan Tim Miller bakal menemui penonton pada 24 Oktober ini, tayangan awal boleh ditonton pada petang 23 Oktober.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee