Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerVideo

Grace & T-800 Bertarung Dengan Rev-9 Dalam Klip Filem Terminator: Dark Fate


Paramount Pictures telah melancarkan klip filem Terminator: Dark Fate dalam mempertingkatkan promosi filem terbaru mereka yang kini sedang ditayangkan. Klip baru yang dikongsikan ini memaparkan aksi mendebarkan diantara Grace & T-800 menentang Terminator yang sangat berkuasa iaitu Rev-9, anda boleh saksikan pertarungan hebat itu dipemain video dibawah.

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), dan Grace (Mackenzie Davis) yang merupakan askar cyborg . Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) kini dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan garismasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator T-800, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee