
Menjelang tayangan Guardians of the Galaxy Vol. 3 minggu hadapan, kita mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada watak kegemaran ramai.
Sama ada watak itu mati ataupun bersara dari menjadi penjaga galaksi, kita hanya dapat mengentahuinya apabila menonton filem terbaru itu nanti, tetapi seorang lagi pelakon asal Guardians telah mengesahkan bahawa kita mungkin akan melihatnya buat kali terakhir dalam MCU nanti.
Semasa temubual bersama The Hollywood Reporter, pelakon watak Gamora, Zoe Saldaña, mengesahhkan bahawa dia akan berundur dari MCU selepas tayangan filem akan datang.
Menjelaskan tentang James Gunn mungkin mempertimbangkan untuk membunuh watak dalam Vol. 3, bintang Avatar: The Way of Water itu berkata, “Saya tidak fikir ini adalah penamat untuk ‘Guardians.’ Tetapi, ini adalah penghujung untuk saya, untuk Gamora.”
Dave Bautista sebelum ini telah menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali sebagai Drax selepas Vol. 3 kerana ia adalah peranan yang paling ‘kurang memberi makna’ kepadanya sebagai pelakon. Dia tidak terlibat dalam lawatan media (kerana komitmen penggambaran), tetapi juga tidak mengelak dari mengkritik cara arka wataknya dikendalikan.
“Dalam filem Marvel Studios Guardians of the Galaxy Vol. 3, kumpulan ketidaksesuaian kegemaran kita kelihatan agak berbeza pada masakini,” menurut sinopsis.
“Peter Quill, yang masih bersedih kerana kehilangan Gamora, mesti mengumpulkan pasukannya di sekelilingnya untuk mempertahankan alam semesta bersama-sama dengan melindungi salah seorang daripada mereka sendiri. Misi yang, jika tidak diselesaikan dengan jayanya, berkemungkinan besar akan membawa kepada pengakhiran Guardians yang kita kenali.”
Menyertai mereka adalah pendatang baharu MCU iaitu Will Poulter dan Chukwudi Iwuji, dengan Poulter disahkan membawa watak kegemaran peminat, Adam Warlock.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan di pawagam pada 4 Mei ini.