Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gore Verbinski Tidak Lagi Mengarahkan Filem Gambit

Pengarah filem Gore Verbinski kini dilaporkan tidak akan mengarahkan filem superhero terbaru Fox, Gambit. Menurut sumber Deadline, sebab pengarah tersebut digugurkan dari krew penggambaran filem tersebut disebabkan masalah jadual yang menghalang pengarah tersebut untuk terlibat dalam pembikinan filem Gambit.

Filem berkenaan terpaksa diteruskan selepas bintangnya, Channing Tatum bersedia untuk memulakan penggambaran yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, beberapa pengarah telah dikaitkan untuk mengarahkan filem ini sebelum Gore Verbinski dipilih. Antaranya Doug Liman, pengarah filem Edge of Tomorrow dan pengarah filem Rise of the Planet of the Apes, Rupert Wyatt.

Dengan pemergian Verbinski, pengarah siri televisyen The Walking Dead yang juga pengarah filem The Shawshank Redemption, Frank Darabont dikaitkan akan menjadi pengarah baru bagi menggantikan tempat Verbinski.

Selain Channing Tatum, Gambit bakal dibintangi oleh aktres Lizzy Caplan (Now You See Me 2) yang dikhabarkan akan membawa watak Bella Donna Boudreaux, anak kepada ketua kumpulan New Orleans Assassins yang juga kekasih pertama Remy LeBeau.

Gambit aka Remy LeBeau mula diperkenalkan dalam dunia X-Men oleh Chris Claremont dan Jim Lee pada 1990. Karakter tersebut mempunyai abiliti untuk memanipulasi kuasa kinetik dan pakar untuk mencuri. Karakter tersebut mula menjadi karakter kegemaran komik Marvel dan pernah muncul dalam filem X-Men Origins: Wolverine, yang dilakonkan oleh Taylor Kitsch.

Sebelum ini, Gambit sebelum ditukarditetapkan tarikh tayangan pada 14 Februari 2019 kepada 7 Jun 2019

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment