Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Gong Yoo Melawan Segala Kemungkinan untuk Menyelamatkan Park Bo Gum Dalam Trailer Terbaru SEOBOK

Seobok

Filem terbaru Gong Yoo dan Park Bo Gum, Seobok telah melancarkan trailer terbaru. 

Seobok adalah filem sains fiksye Korea yang berkisar tentang bekas ejen rahsia, Ki Hun, yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi klon manusia pertama bernama Seo Bok daripada pihak-pihak berkuasa yang ingin merampasnya atas kepentingan sendiri.

Dalam trailer terbaru, Park Bo Gum menceritakan tentang latarbelakang watak yang rumit dimana Seobok adalah klon manusia pertama di dunia yang dikelilingi oleh orang yang cuba mengawalnya. Seobok digambarkan sebagai budak lelaki berusia sepuluh tahun yang tidak pernah melangkah keluar dari makmal sebelum ini. Dengan Ki Heon, dia menemui perkara baru, dan dia mula bertanya-tanya mengapa dia begitu berbahaya.

Kemudian Park Bo Gum memperkenalkan Ki Heon, bekas ejen perisikan yang tidak banyak masa untuk hidup. Seorang saintis (dilakonkan oleh Park Byung Eun) membuat tawaran yang tidak dapat ditolak: gunakan Seobok untuk terus hidup. Apa yang harus dia lakukan hanyalah memindahkan Seobok dengan selamat. Namun, Ki Heon menyedari ada sesuatu yang tidak kena, dan walaupun nyawanya terancam, dia melakukan apa sahaja untuk melindungi klon itu.

Terdapat juga Pengarah Ahn (Jo Woo Jin), ejen yang cuba menyembunyikan Seobok dari semua orang. Dia adalah seorang yang teliti yang mesti melaksanakan rancangannya dengan apa jua cara pun. Im Se Eun (Jang Young Nam) adalah penyelidik utama yang mencipta Seobok. Dialah yang menjaga klon dan menyaksikannya ia membesar dan berubah. Namun, tidak pasti sama ada dia kawan ataupun musuh. 

Anda boleh saksikan trailer terbaru dibawah. 

Seobok akan ditayangkan dipawagam tempatan tidak lama lagi. 

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha