Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gong Yoo & Kim Tae Ri Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru SBS

Pelakon Gong Yoo dan Kim Tae Ri dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi drama terbaru SBS bertajuk The Devil (tajuk kerja).

Menurut sumber industri, kedua-dua pelakon itu ditawarkan peranan utama dalam drama akan datang, dan agensi masing-masing mengesahkan laporan dengan berkata “Mereka telah menerima tawaran berlakon dan kini sedang menelitinya.” Skrip The Devil akan ditulis oleh penulis Kingdom Kim Eun Hee. 

Semasa 2022 SBS Showcase yang berlangsung awal bulan ini, SBS mengumumkan bahawa Kim Eun Hee, penulis beberapa drama hit seperti Signal, Kingdom dan yang terbaru Jirisan, akan kembali ke SBS pada tahun hadapan dengan projek terbaru.

Drama terakhirnya bersama SBS adalah Three Days (2014) yang dibintangi Son Hyun Joo dan Park Yoochun. Dia sebelum ini telah menulis beberapa drama SBS seperti Sign dan Phantom, dan beberapa tahun kebelakangan ini, Kim telah berkerja untuk tvN (Signal, Jirisan) dan Netflix (siri Kingdom). 

Butiran lanjut mengenai plot dan tarikh penggambaran masih belum didedahkan, The Devil dijangka keudara menerusi SBS pada tahun 2022. 

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha