Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gong Yoo In, Suzy & Park Bo Gum Bakal Bintangi Filem Terbaru Berjudul WONDERLAND

Menurut Soompi, pelakon Gong Yoo In bakal membintangi filem terbaru berjudul Wonderland.

Filem arahan Kim Tae Yong itu akan berkisarkan tentang dunia simulasi di mana seseorang itu dapat disatukan dengan orang yang tersayang selepas mereka tidak dapat berinteraksi di dunia realiti.

Gong Yoo dilaporkan akan membawa watak sebagai seorang lelaki berusia empat puluhan yang merindui isterinya yang meninggal dunia. Demi anaknya, dia telah meminta individu yang mengawal Wonderland untuk mencipta simulasi isterinya, yang mana peranan tersebut akan dipegang aktres China, Tang Wei.

Sementara itu, Suzy dan Park Bo Gum turut dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi filem tersebut sebagai pasangan kekasih yang tidak lagi dapat berkomunikasi selepas karakter lakonan Park Bo Gum jatuh koma. Jung Yu Mi dan Choi Woo Shik juga turut berunding dengan pihak produksi untuk memainkan peranan sebagai individu yang mengawal dunia simulasi dikenali sebagai ‘Wanderland’.

Gong Yoo sebelum ini pernah bergandingan dengan Jung Yu Mi menerusi filem Kim Ji Young, Born 1982 dan Train to Busan, serta Suzy dalam drama terbitan KBS pada tahun 2012 berjudul Big.

Related posts

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating