Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gong Yoo, Bae Doona, & Lee Joon Bintangi Siri Original Netflix “The Sea of Silence”


Gong Yoo, Bae Doona dan Lee Jon disahkan bintangi drama bersiri terbaru Netflix berjudul The Sea of Silence yang akan diterbitkan oleh Jung Woo Sung.

The Sea of Silence merupakan drama sains fiksyen seram yang ditetapkan di masa hadapan dimana Bumi mengalami kemarau sehingga menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan air. Pasukan khas ditugaskan untuk mengambil sampel misteri dari stesen penyelidikan yang ditinggalkan di Bulan.

Bae Doona akan memainkan peranan sebagai Dr. Song Ji Ahn, seorang astrobiologi yang menyertai pasukan khas dalam usaha untuk mengentahui rahsia disebalik kemalangan yang berlaku di stesen penyelidikan.

Gong Yoo sebagai Han Yoon Jae, ketua pasukan yang menjalankan misi kritikal untuk mengambil sampel dari stesen penyelidikan. Dia meletakkan keselamatan anggota pasukannya di atas segalanya dan tidak takut membuat pengorbanan peribadi. Kerana misinya lebih mementingkan sampel daripada kecelakaan yang terjadi pada masa lalu, dia sering bertelingkah dengan Song Ji Ahn.

Sementara itu, Lee Joon akan mengambil peranan sebagai jurutera berbakat bernama Ryu Tae Seok. Seorang pekerja elit di Kementerian Pertahanan Nasional, dia memutuskan untuk menjadi sukarelawan dalam misi berbahaya semata-mata untuk melihat aksi diluar dari bangunan tempat kerjanya. 


Drama ini dikembangkan dari filem pendek berjudul sama oleh pengarah Choi Hang Yong, yang juga akan menerajui siri Netflix ini. Lakonlayar ditulis oleh Park Eun Gyo (Mother)


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee