Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Goliath Mungkin Sertai Ant-Man & The Wasp

Laporan dari laman web That Hashtag Show mengatakan, pihak Marvel Studio sedang mencari aktor untuk membawakan watak Goliath dalam filem Ant-Man and the Wasp akan datang. Walapun tiada nama aktor didedahkan, laporan tersebut menyebut mereka sedang mencari aktor berketurunan Afrika-Amerika dalam lingkungan umur 55-65 untuk karakter yang digambarkan memiliki IQ yang tinggi, iaitu peranan Dr. Bill Foster aka Goliath.

Sebelum ini, filem Ant-Man and the Wasp dilaporkan telah mengambil aktor Randall Park untuk membawakan watak agen S.H.I.E.L.D, Jimmy Woo serta seorang lagi aktress, Hannah John-Kamen yang turut disenaraikan dalam filem Marvel terbaru itu dengan watak yang masih belum didedahkan lagi.

Karaker Dr. Bill Foster dicipta oleh Stan Lee dan Don Heck dan muncul buat pertama kali dalam komik Marvel pada tahun 1966 dalam isu The Avengers #32. Bill Foster digambarkan sebagai biochemist yang sangat bijak dan memiliki abiliti untuk membesarkan saiz badannya dengan menggunakan teknologi yang dicipta olehnya.

Ant-Man and the Wasp telahpun memulakan pengambarannya di Atlanta pada minggu lepas. Buat masa ini plot filem kedua Ant-Man itu masih belum didedahkan.

Ant-Man and the Wasp akan menemui penonton pada 6 Julai 2018 dengan Peyton Reed mengarahkan filem berkenaan serta dibintangi oleh  Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Peña dan Michael Douglas.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee